Hotdog Bread
roti yang sesuai untuk buat hotdog .. sedap juga dimakan dengan kaya atau jem
Bahan-bahan ( 6 biji )
Cara-cara
- 160ml air
- 250g tepung roti
- 14g(1 1/2 sudu besar) gula
- 4g(1 sudu kecil) garam
- 8g(1 sudu besar) lemak sayur
- 2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
- 16g(3 sudu besar) susu tepung
- Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
- Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
- Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
- Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
-
Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di
dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.
Cream Puff
Resepi :Zaliana@myresepi.com
Sumber : Tun Telani&Kak Mas
Bahan2 :
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Mas pukul guna mixer hingga adunan licin.
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit.
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...
Custard Filling
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)2 camca teh esen vanilla
- Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
Krim Kastard(lebih creamy)
Sumber:-Kak Ita Masam Manis
1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.
Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:
Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.
Bahan-bahan untuk inti jagung:
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula
Cara-cara untuk inti:
-Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
-Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.
Selamat mencuba
Roti Puri
simple jer nak buat .. bhn2 pun senang nak dpt , sedap dicicah ngan balen kuah kari, sambal bilis / sardin ..
Bahan-bahan ( 12 biji )
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil yis mauripan
- 1/2 sudu kecil garam *
- 3 sudu makan minyak masak *
- 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
- 175ml air panas *
- 40-50ml air
- Minyak utk mengoreng
Cara-cara
- satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
- satukan tepung dan yis .. gaulkan
- no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
- dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
- tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
- perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
- canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
- siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
- TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
- masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA
1/2 kg tpg gndum
1sdk garam
2 sd marjerin
2 sd susu pekat manis
2 sd gula
Satukn semua bhn dlm 1bekas lain letak tpg ,gaul semua bhn spai sebati dulu..then tuang air sejuk dr pti n uli hingga mnjd doh yg blh dicanai.
Buat bulat2....... lumur doh ngn majerin keseluruhnnya..simpan dlm bks yg brtutup pg esk blh lh canaikn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan