RESEPI 1


nutela cookie pod


NUTTELLA COOKIE POD....dh siap
(Empunya rspi..sy mohon dhalalkn rspi ini dn izinkn sy share pd teman2 seangkatan)

2 3/4cwn tpg gndum*
1 st soda bikarbonate*
1/2st baking pwder*
50 gm serbuk walnut*
1 cwn butter
1 1/4cwn gula caster
1 bj telur
1 st esen vanilla

Ayak bhn brtnda *
Putar butter dn gula hngga gebu. Masukkan telur diikuti esen. Tuang tpg dn kacau rata hnga jd doh.
Glis muffin tray. Bulat2kn doh dn letak dlm muffin tray. Bakar suhu 170 slama 8-10min.
Stlh kluar dr oven tunggu 1minit sblm mnekan cookies td utk mmbuat lubang.
**jgn biar cookies sejuk..sbb kukis akan jd retak bila ditekan**
Pipekn nutella kdlm pot bila cookies dh sejuk.
— 

resepi B

bahan2 utk dih coklat
115g butter
100g gula castor
1biji telur
1 st garam
1 st esen vanila
1110g tpg serbaguna(red rose)
35g tpg beras
50g coco powder 
20g serbuk badam(tambah sendiri)

utk filling
nutella secukupnye
cara2
_pukul gula & butter hingga gebu,masukkan telur & esen vanila
_dlm mangkuk lain ,ayak semua bahan kering,gaulkan
_masukkan sikit2 dlm bahan butter dan pukul gebu td hingga habis, simpan dlm peti ais tempat biasa 30minit
_panaskan oven 
_bulat2kan masukkan dlm pan muffin, bakar 8-10monit suhu 180cc
_keluarkan dr oven ,tunggu dlm 1minit mcm tu,ambil penggelek tpg size kecik,(guna roll utk fondant aje),tekan dtgh2 utk jd kan lubang 
_dh sejuk pipekan nutella dlm pod tu...siapppp

 
  

KARIPAP INTI IKAN - RANGUP 

 

Bahan-bahan untuk pastri:
1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan majerin
1/2 cawan air  sejuk dari petiais}  lebih kurang 
1 sudu kfc garam masukkan ke dalam air

    
 Cara membuat kulit karipap:

Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Simpan doh di dalam petiais sekurang2nya 1 jam.
Siap utk digunakan.
Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup



Inti:



Bahan-bahan:



6 ekor ikan selayang

2 cawan santan

1/2 inci halia - dimayang halus

6 ulas bawang merah - dimayang

1 sudu kecil halba

gula dan garam secukup rasa



Cara membuat:



Ikan direbus dan ambil isinya. 

Kisar isi ikan dgn santan hingga hancur.

Masukkan bahan kisar ke dlm kuali.

Kacau hingga hampir kering.

Masukkan gula, garam, halia, bawang merah dan halba.
Kacau hingga sebati dan kering boleh lah diangkat. (jgn terlampau kering biar lembab2 skit)

 Resepi Inti: Kari Ayam & Kentang
Bahan-bahan:                                                                                                                                                 
1 keping dada ayam dicincang

4 ulas bawang merah } dikisar

1 cm halia } dikisar

2 ulas bawang putih } dikisar

2 labu bawang besar Holland} dipotong dadu

5 biji ubi kentang } dipotong dadu

1 sudu besar rempah kari daging

1 sudu besar rempah kurma

garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari

Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.

Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing

Kemudian masukkan pes rempah dan daun kari.

Tumis lagi sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan isi ayam, kacau sehingga ayam masak.

Masukkan bawang besar, ubi kentang, garam dan gula secukup rasa.

Kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan