Isnin, 29 September 2014

HOMEMADE

Sambal serba guna

100_6525
Boleh guna untuk sambal nasi ayam,cecah ayam goreng,pisang goreng..Leh gak wat perencah nasi goreng..Tahan lama sampai sebulan.Tapi biase tak sampai sebulan dah habis..:-)

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • lada kering (biase after rebus setengah blender)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-7 ulas bawang kecik
  • 1 s/b garam
  • 5 - 10 s/b gula
  • 6 - 10 s/b cuka
  • air

Cara-cara 

  1. Potong lada kering dan Rebus.Klau leh buang biji die k...Pas tu Toskan
  2. masukkan lada yng direbus tadi,bwh putih,bwg kecik,garam dan air..pas tu blender
  3. Pas tu masukkan gula dan cuka.Blend sampai hancur.
  4. Siap,nati leh simpan lam peti 
  5. Kecipir

    Picture_972
    Kalu x silap resepi jawa..tu sbb dia panggil kecipir. Ala..ikan bilis goreng sambal kering campur mcm2 tu..leh makan ngan nasi or roti. Boleh simpan lama sometimes sampai sebulan..

    Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

    • 200gm ikan bilis-digoreng garing
    • 3 biji ubi kentang-dihiris nipis dan digoreng
    • 200gm bawang merah-dihiris dan digoreng
    • 100gm bawang putih-dihiris dan digoreng
    • 50gm kacang tanah-digoreng
    • 1 bungkus tempe-dipotong kecil2 dan digoreng
    • Bahan kisar:-
    • 50gm bawang merah
    • 30gm bawang putih
    • 100gm cili kering
    • 3 biji buah keras
    • garam dan gula secukupnya
    • minyak

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan kering airnya. (ini untuk menjadikan sambal ni tahan lama)
    2. Masukkan bahan2 yg digoreng tadi bersama garam dan gula secukup rasa.
    3. Angkat dan sejukkan sebentar. Jika ingin simpan lama, masukkan kedalam bekas kedap udara.

      Sambal Ikan Bilis Goreng

      Ikan_bilis
      resepi versi sendiri. Sedap, garing dan cara penyediaan yg mudah... sungguh enak dimakan dgn nasi putih, nasi goreng mentega atau nasi lemak atau ratah je...

      Bahan-bahan ( 1 hidangan sekeluarga )

      • 100 g ikan bilis halus/sederhana (dibasuh dan ditoskan)
      • 6 biji bwg merah (dikisar)
      • 3 biji bawang putih (dikisar)
      • 1/2 inci belacan (dikisar)
      • 3-4 sudu besar cili kering kisar
      • 1/2 sb air asam jawa
      • garam dan gula secukupnya

      Cara-cara

      1. Sediakan kuali. Panaskan 3-4 sudu besar atau lebih minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga btl2 garing. Angkat dan toskan.
      2. Tumis bahan2 kisar dgn menggunakan minyak bekas menggoreng td sehingga terbit bau (tumis lama sikit supaya cili btl2 masak).
      3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering. Tutupkan api. Kemudian masukkan ikan bilis yg digoreng td dan gaul sehingga rata. Biarkan seketika di dlm kuali.
      4. Hidangkan dgn nasi panas.
      5. ***sedap jg dicampurkan dgn kacang tanah dan tempe goreng. 

        Ketupat segera

        Ketupat2
        Senang, lepas ni tak yah beli lg. Buat sendiri, bajet kecik.

        Bahan-bahan ( Satu family )

        • 1 kg beras (jgn guna beras wangi atau basmathi)
        • 8 kpg plastik tahan panas saiz 5' x 8'

        Cara-cara

        1. Cucuk plastik dgn menggunakan lidi. Buat byak tp jgn besar kang kuar pulak beras.
        2. Beras
          Masukkan 125 gm beras ke dalam setiap plastik. Lipat plastik sebyk 3', stapler. kalau rajin leh jahit tak pun boleh gak bakar pakai lilin. So plastik tu akan berukuran 5' x 5'.
        3. Dah siap buat 8 ketupat, basuh dulu sikit. Rebus selam 1 1/2 jam ke 2 jam. Boleh tambah garam sikit dalam air rebusan tu.
        4. Biarkan sejuk baru dipotong sesuai untuk soto, rendang, lontong tak pun makan dgn serunding jer pun sedap.  

          Sambal Belacan Bakar

          Dsc01190
          resipi ringkas n mudah

          Bahan-bahan ( seisi keluarga kecil... )

          • *6 biji cili padi
          • *1 camt belacan
          • *1 ulas bawang putih
          • *1 ulas bawang merah
          • 1 camt gula
          • 1/2 camt garam
          • jus dpd 1 biji limau kasturi
          • hirisan nipis kulit limau kasturi

          Cara-cara

          1. Bahan bertanda * dibakar dlm kuali sehingga sedikit hangus.
          2. Kemudian ditumbuk menggunakan lesung sehingga lumat.
          3. Masukkan bahan2 selebihnya, gaul rata.
          4. Sedia dihidang.  

            Kuah Kacang

            Kuahkacang
            Resepi kuah kacang dayang. Selamat mencuba!

            Bahan-bahan ( satu keluarga )

            • 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
            • 5 biji bawang merah *
            • 3 ulas bawang putih *
            • 1 batang serai*
            • 1/2 inci halia *
            • 3 cm lengkuas*
            • 1/2 inci belacan bakar*
            • 1 batang serai (diketuk)
            • 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
            • 2 sudu makan gula merah/gula melaka
            • garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
            • air secukupnya

            Cara-cara

            1. Kisar bahan2 bertanda *.
            2. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
            3. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
            4. Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
            5. Hidangkan setelah masak.
            6. ***Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.
            7. ***kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb.
            8. ***untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan  

              Susu Pekat Manis[Home Made]

              Susupkt2
              Resepi dari internet. Untuk kegunaan membuat kek atau keperluan masakan/makanan yg memerlukan susu pekat manis. Pastinya tanpa bahan pengawet..

              Bahan-bahan ( +-250g )

              • 1 Cawan/100g - Tepung Susu
              • 2/3 Cawan/125g Gula Halus
              • 1/3 Cawan/50ml Air Suam (boleh ditambah sedikit lg air jika kelihatan terlalu pekat)
              • 1/4 Cawan Marjerin

              Cara-cara

              1. Sediakan Pengisar(blender)..Masukkan air suam DAHULU ke dalam pengisar,barulah diikuti dengan bahan2 lain - gula halus,tepung susu dan marjerin.
              2. Kisar sehingga semua bahan halus dan creamy.(kacau jika perlu)
              3. Sedia untuk digunakan atau disimpan dalam bekas udara dan tempatkan di dalam peti sejuk anda.
              4. P/s:Jangka ketahanannya mungkin tidak selama susu pekat dalam tin sebab tak ada pengawet kan..Selamat Mencuba... ^_^  

                Homemade Marshmallow

                Img_1880
                Terbukti halal lagi suci. =)

                Bahan-bahan ( 300g )

                • 3/4 cawan air
                • 2 cawan gula
                • 3 sb gelatin
                • 2/3 cawan corn syrup or golden syrup
                • 1 sb essen vanila
                • Pewarna

                Cara-cara

                1. Img_1844
                  Masukkan 1/2 cawan air dan serbuk gelatin di dalam mangkuk besar. Biarkan selama 10 minit supaya gelatin larut di dalam air.
                2. Img_1845
                  Masukkan 1/4 cawan air, gula dan golden syrup ke dalam periuk. Panaskan kesemua bahan sehingga mendidih atau suhu mencapai 120 darjah celcius.
                3. Img_1851
                  Pukul gelatin dengan mixer sambil tuang perlahan2 air gula. Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan likat serta naik 2 kali ganda. Anggaran masa selama 15-20 min. Pastikan adunan betul2 pekat dan likat untuk mendapatkan hasil yang bagus.
                4. Img_1856
                  Masukkan essen vanila dan juga sedikit pewarna yang disukai.
                5. Img_1841
                  Gris kan baking pan, dan taburkan sedikit gula icing
                6. Img_1858
                  Tuangkan adunan di dalam baking pan. Biarkan marshmallow membeku selama 12 jam, atau masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Kemudian, potong mengikut saiz yang di ingini.
                7. Img_1884
                  Marshmallow boleh disimpan didalam bekas kedap udara supaya lebih tahan lama. Selamat mencuba!
                8. Img_1840
                  Tips : Taburkan gula halus semasa memotong marshmallow supaya tidak melekat. Ni adalah contoh golden syrup yang digunakan.  

                  sambal goreng ikan bilis

                  20120505_112547
                  respi dri seorang teman.. Sambal yg tahan lama n sesuai tuk dibawa jln luar negara yg susah nak cr mknan malaysia.

                  Bahan-bahan ( stok seminggu.. )

                  • 1 genggam ikan bilis dah siap kopek - tumbuk separuh hancur, jgn lumat sgt..
                  • *1 biji bawang besar - tumbuk
                  • *5 ulas bawang putih - tumbuk
                  • *15 biji cili padi - tumbuk
                  • *5 biji cili merah - tumbuk
                  • *Sedikit belacan - kalo xletak pn xpe
                  • Garam gula secukup rasa
                  • Minyak untuk menumis - sambal ni menggunakan minyak yg agak lebih sedikit dr biase..

                  Cara-cara

                  1. Tumis bahan2 yg btanda * hingga agak garing, bile tumisan dah garing masukkan ikan bilis, pekenakan garam gula secukup rase..
                  2. Kacau sentiase, masak sehingga ikan bilis npk garing tp kalo bilis belum garing tp sambal npk kering tambahkan minyak
                  3. Bile sambal dah npk garing padamkan api, tp kacau lgi hingga ia agk suam bg elakkan sambal rase hangus, toskan sambal n buang minyak yg berlebihan..
                  4. Simpan dlm bekas yg bertutup rapat bgi mengelakan serangga mudah masuk, tidak perlu simpan dlm peti sejuk.. Sambal boleh bertahan sehingga 2minggu..
                  5. Masak sambal ni mengambil masa sehingga 1 ke 1.5 jam utk ia benar2 masak tu yg boleh tahan lame..  

                    Homemade ice cream...

                    20140613_221919
                    Aiskrim buatan sendiri...mudah, cepat & x byk kos...kanak2 pun blh belaja buat sbb mudah sgt...15 minit dah siap...cuma nak bekukan amik masa skt..

                    Bahan-bahan ( boleh dpt 2 bekas aiskrim yang besar tu )

                    • 1 tin susu cair - den guna susu ideal..nk guna susu fullcream pun blh
                    • 1 tin air masak -air ikut sukatan tin susu td
                    • 2 biji telur
                    • 1/2 cawan gula - ikut citarasa sendiri nak manis camana...
                    • 1 sudu besar ovallete - ada jual kat kedai bahan bakery
                    • 1 sudu teh esen vanila
                    • perisa n pewarna - ikut pilihan.n citarasa sendiri...den guna star brand n kalu perisa jagung tu den letak jagung cream

                    Cara-cara

                    1. 20140613_210852
                      Pukul telur dan gula dalam mixer sampai kembang or gula hancur...if xada mixer, nak blendkan pun boleh..lg senang
                    2. Bila gula dah hancur, masukkan semua bahan - susu cair, air masak, ovallate dan esen vanila
                    3. 20140613_213724
                      Pukul semua bahan tadi sehingga kembang dan kental selama lebih kurang 15 minit..kalau guna blender, pastikan blend lama dan sampai betul2 kembang
                    4. 20140613_220008
                      Kemudian bolehlah dibahagi kepada beberapa bahagian adunan tersebut mengikut citarasa sendiri nak aiskrim perisa apa...den buat perisa jagung, coklat n strawberi..so den bahagi kepada 3 bahagian n letak perisa n pewarna..utk jagung, den tambah jagung krim
                    5. 20140613_221516
                      Bila dah sekatakan setiap adunan, bolehlah di buat layer mcm cara buat kek pelangi tu..ambil 2 sudu adunan jagung letak di tengah bekas..kemudian letak pula 2 sudu strawberi atas lapisan jagung td..ulang buat cara yg sama sehingga habis
                    6. 20140613_221738
                      Akhir sekali, sejukkan aiskrim tadi dalam peti sejuk beku sehingga aiskrim beku..lbh kurang 4-5 jam...dan boleh lah dimakan..Yummyy rasenya dh mcm aiskrim yanh kita beli tu...Selamat mencuba... 

                      Sambal belacan best!

                      P1060103
                      resepi simple anak dara...

                      Bahan-bahan ( satu family besar )

                      • 6 biji cili hidup (patah2kan)
                      • 4 biji cili padi
                      • 1 ketul kecil gula melaka (diracik halus)
                      • air
                      • asam jawa
                      • 3 biji limau kasturi (air dan kulit diguna)

                      Cara-cara

                      1. Asam jawa dan air dicampur (setengah mangkuk kecil).Buang bijinya dan masukkan ke dalam blender.
                      2. Masukkan cili hidup,cili padi,gula melaka ke dalam blender yg ada air asam jawa tadi.
                      3. Perah limau kasturi dan potong kulitnye halus2,masukkan ke dalam campuran bahan2 tadi.
                      4. Siap sedia untuk di blend!(Anda boleh ekjas gula melaka mengikut kesukaan,kalau xnak pedas,tambahlah banyak sket.hihi..resepi ni agak pedas..baru sedap nak makan!
                      5.    


                        CILI JERUK
                        resipi : K.Nor@SecubitGaram


                        Bahan :
                        • 7 -8 bj cili hijau ~ boleh guna cili merah/hijau
                        • 1 cawan air
                        • 1 cawan cuka
                        • 2 -3 sudu besar gula

                        Cara :
                        Basuh cili dan toskan.
                        Kemudian hiris tp jangan terlalu nipis.
                        Masak air bersama cuka dan gula hingga mendidih. Biarkan hingga sejuk.
                        Masukkan cili ke dalam botol yg bersih dan tuangkan air cuka yg dimasak tadi.
                        Tutup botol dan biarkan sehingga 2 - 3 hari baru lah sedap dimakan bersama mee rebus/goreng dan sebagainya.  

                        Sambal pauh Kelantan

                        BAHAN-BAHAN :

                      • 3 biji pauh muda (lebih sedap jika menggunakan mangga telur - dikupas kulit dan dihiris kasar)
                      • 1 ekor ikan kembung (dibakar tawar)
                      • segenggam cili kampung
                      • garam dan gula secukup rasa
                      CARA-CARA  :
                      • Semua bahan ditumbuk kasar-kasar. Jika suka lebih masam boleh tambahkan jumlah mangga begitu juga sebaliknya. Ikut citarasa masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan