Selasa, 21 Julai 2015

JOM BUAT WHITE LOAF



resepi ni khas dari
Pak AGUS JAMSARI
Step utk buat loaf guna loyang pullman bertutup ukuran 8x4x4 (450g doh)
Klu loyang 10x4x4 lbh kurg je, cuma beza gram doh dan bilangan doh yg nak disusun dlm loyang
~1. Uli doh hingga x melekat di bowl..doh licin,lembut,elastik,mudah dbentuk
~2.bahagikan doh kepada doh kecik 118g-120g setiap biji.. utk satu loyang perlu 4 biji doh
~klu loyang 10x4x4 kena taw brp gram doh utk 1 loyang dan bahagikan kpd doh kecik supaya bila susun doh,boleh tutup lbh kurang dasar loyang
~3.rehatkan doh yg di bulat2 selama 10 minit
~4. Canaikan memanjang doh dan gulung kemas2
~5. Susun dlm loyang yg disapu marjerin termasuk penutup
~6. Rehatkan hingga naik 5/6 loyang... kira2 tingginya 1/2 inci dari birai loyang
~ panaskan oven 10 minit suhu 180c
~7. tutup loyang dan bakar 30-40 minit
Lps 30 minit,,cuba longgar2kan penutup.. klu penutup blh digerak,maknanya roti dah masak
~regangkan penutup dan tgk warna loaf, klu masih pucat ,boleh sambung bakar
~8. Keluarkan loyang dan hentak2 atau ketuk2 semua sisi utk regangkan roti
~9. Keluarkan roti dan sejukkan atas redai
Potong bila betul2 sejuk
●●harap maaf jika ada slh silap●●



Jom join nak buat loaf ni... step2 ade kat komen...
Jgn gelak klu x brp cun eh.
 Resepi cheff agus
Lupa nak tulis....loyang tu sapu marjerin dulu ye termasuk penutup

Tips menggunakan loyang Pullman bertutup
1) sapu shortening/marjerin/butter pada keseluruhan loyang termasuk penutupnya

2) formula untuk tentukan berat doh yang sesuai untuk loyang adalah 1/5 daripada berat air yang boleh diisi dalam loyang tersebut (sesetengah loyang ada ditulis siap-siap pada badan loyang berapa berat doh yang sesuai )
3)doh jangan diletak seketul besar terus. Bahagikan kepada 4 doh kecil. Gulung doh seperti buat kek gulung, dan susun keempat-empat doh di dalam loyang.
4) seeloknya doh jangan biar naik sampai memenuhi loyang , tinggalkan ruang anggaran 1/2 inci semasa dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan