Rabu, 22 Julai 2015

KELAS BABY MACAROON DI IPOH PERAK

KELAS 
BABY MACAROON COOKIES 
BG MEREKA YANG BEKERJA NORMAL SHIFT 
TARIKH & WAKTU } AKAN DITETAPKAN
HARI } SABTU ATAU AHAD SHJ
YURAN } RM100
LIMITED UTK 2 ORG SHJ 


PERINGATAN
BUAT MACARONS BUKAN MUDAH SEPERTI YG DI SANGKA.. IA PERLU TAHAP KESABARAN YG TINGGI... JADI, JIKA ANDA BERMINAT NAK ORDER SILA INFORM AWAL2 YERK!.. SELAIN ITU FAKTOR CUACA JUGA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENGHASILKAN KUALITI MAC YANG CANTIK

JIKA BERMINAT UNTUK MENEMPAH DENGAN QTY YG BANYAK SEELOKNYER SEBULAN AWAL ATAU LEBIH YERK

SEBARANG PERTANYAAN LEH PM @ MSG SAYA DI 
017-5884770

OK BAGI YG NAK TAHU RASA MACARONS
MACARONS MERUPAKAN MAKANAN YG PALING POPULAR DI NEGARA BARAT.. NAK TAHU RASANYER MACAM MANA.. ERMMM ITS SWEET, BIT CHEW, BRILTTLE AT THE TOP, ALMOND BASE AND SO SO SO YUMMYYYLICIOUS.. HEHE

Amat sesuai utk:
Brithday Party
Valentine Day
Hadiah Hantaran pertunangan atau perkahwinan
Cukur Jambul
Kenduri (Doorgift)
Special Gift to someone
Suprise Gift
And Macarons suitable to eat anyware and anytime

Selasa, 21 Julai 2015

SEMPERIT MARBLESS TERBAEK DI IPOH PERAK

SEMPERIT MARBLESS TERBAEK DI IPOH PERAK
 ACU 15 


RM25/50PCS 
BOLEH JER NAK ORDER BILA2 
JIKA ANDA PEMINAT TEGAR SEMPERIT @DAHLIA

WATSAPP/SMS/MSG
0175884770



Biskut Semperit


BAHAN BAHAN
 
200 gm butter tanpa garam
~ 1cawan
 3/4 cawan gula icing 
1 cawan tepung gandum,
 
1 cawan tepung jagung
 
1 cawan tepun custard
 
1 sudu kecil esen vanilla
~ tak letak
 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan 

Cara-caranya....

Putar butter , gula icing dan telur kuning hingge sebati
Masukkan 3 jenis tepung yang telah di ayak ~ tak ayak pun takpe 
Masukkan dalam acuan semperit dan tekan ke atas loyang,
letak ceri merah
 Bakar selama 15 minit pade suhu 170 C.

KALAU RAJIN BUAT SENDIRI 
KALAU MALAS ORDER JER YE

BANGKIT CHEESE IPOH PERAK

BANGKIT CHEESE

SILA ORDER BILA2 MASA SAJER YE ,TAK KIRA RAYE KE ..TAK RAYE PUN BOLEH ORDER TP TEMPOH MEMBUATNYE MENGAMBIL MASA JUGAK LER SEKURANG2 NYE 2MINGGU DR TARIKH ORDER 
PERLU BAYAR DEPOSIT SEPARUH HARGA
RM27/50PCS 
0175884770
WATSAPP/SMS/MSG 

CREAM PUFF INTI KASTARD ipoh perak

CREAM PUFF INTI KASTARD di ipoh perak
Assalamualaikum..

Salam sejahtera  salam ceria..moga sentiasa sihat walafiat hendaknya semua yang bertandang ke sini.
Harini mama kongsikan 1 resepi cream puff yang rasanya menepati selera la..Sebenarnya untuk jualan mama guna resepi ini.Kita kalau nak tahu mana yang bagus kenala cuba2 sendiri ye, mana boleh dengar2 je..macam-macam resepi cuba dulu buat sikit2, kalau dah jumpa yang serasi dengan selera, ambik jela resepi tu tak payah nak guna resepi lain dah, kecuali masa banyak terluang nak cuba2, takde masalah la ye..terpulang.

Resepi Cream Puff ni mama jumpa dalam blog Cik Epal, waahh baca resepinya boleh tahan, bagi mama 90% resepi ni sama dengan resepi kelas, 10% lagi berbeza siikiit je termasuk untuk resepi inti tu..untuk inti@filling kastard pon mama dah pernah guna resepi ni Alhamdulillah menjadi elok. Perbezaan yg sedikit amat tu takkan menjejaskan cream puff anda..Tak percaya, cubalah dulu..

ini cream PUFF mama buat 
RM0.60 EACH 
MINIMUM ORDER 50PCS

Saiz yang mama buat ni kecik2 je, kebanyakan yang tempah taknak besar2, untuk jamuan memang lagi bagus buat saiz mini kan, makan pun skali 2 kali gigit dah habis..

Taburan gula icing atas cream puff tu, lagi bagus jika guna 'Snow Icing' @ 'Donut Dusting", gula serbuk yang halus dan tak semanis icing biasa kita guna buat buttercream tu. Daya tahan pun lebih lama kalau kita tabur atas kek dan kuih muih kita, jadi nampak cantik sikitla bila display kan..hehe (walhal takdela cantik mana pun cream puff ni..). Resepi inti kastard pula ada 2, gunalah mana2 yg anda suka..

RESEPI CREAM PUFF (EDIT 8 MEI 2013 : 4:30PM)
Sumber : Cik EPAL

Bahan-bahan :
  • 125grm butter
  • 1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
  • 150grm tepung gandum  *diayak bersama garam
  • secubit garam
  • 4 biji telur
  • 1 sdk esen vanila

Cara-Cara :
  • Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
  • Masukkan tepung gandum bersama garam
  • Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
  • Tutup api dan masukkan ke dalam mixer.
  • Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
  • Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
  • Masukkan juga esen vanila.
  • Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. 
  • Alas loyang dengan butter/paper/alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
  • Buat sehingga habis, spray/sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. 
  • Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20-25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
  • "On" kipas oven jika ada.
  • Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.

RESEPI INTI KASTARD

Bahan-bahan :
  • 2 sdb tepung jagung
  • 2 sdb tepung kastard
  • 1 1/2 cawan susu segar *boleh guna susu cair dengan air -( 1 : 1)*lebih sedap
  • 2 biji telur
  • 1/2 - 1sdk esen vanila
  • 3 sdb gula (boleh ditambah kerana inti ni kurang manis)

Cara-cara :
  • Satukan semua bahan di dalam periuk, kacau dengan api sederhana sehingga masak, likat & meletup-letup(mendidih)
  • Inti boleh digunakan.

RESEPI INTI KASTARD (Tanpa Telur)
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
  • *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.
Cara menyediakan Cream Puff
  • Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
  • paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
  • Tabur gula icing diatasnya.
  • Jemput makaaannn.. 
    >SELAMAT MENCUBA<
     NAK ORDER SILAKAN, HUBUNGI 
    0175884770
    watsapp/sms/msg 
    di layan jika tak bz


    BABY MACAROON COOKIES DI IPOH PERAK

    BABY MACAROON COOKIES DI IPOH PERAK


    31/1/2015 kelas #babymacaroncookies ...sedap x manis sgt mcm macaron so raya ni in shaa Allah list utk #biskutraya .. sesuai utk #doorgift #bertunang#makan2 dll ... kelas #chefzubaidah antara chef yg famous


    JOM BUAT WHITE LOAF



    resepi ni khas dari
    Pak AGUS JAMSARI
    Step utk buat loaf guna loyang pullman bertutup ukuran 8x4x4 (450g doh)
    Klu loyang 10x4x4 lbh kurg je, cuma beza gram doh dan bilangan doh yg nak disusun dlm loyang
    ~1. Uli doh hingga x melekat di bowl..doh licin,lembut,elastik,mudah dbentuk
    ~2.bahagikan doh kepada doh kecik 118g-120g setiap biji.. utk satu loyang perlu 4 biji doh
    ~klu loyang 10x4x4 kena taw brp gram doh utk 1 loyang dan bahagikan kpd doh kecik supaya bila susun doh,boleh tutup lbh kurang dasar loyang
    ~3.rehatkan doh yg di bulat2 selama 10 minit
    ~4. Canaikan memanjang doh dan gulung kemas2
    ~5. Susun dlm loyang yg disapu marjerin termasuk penutup
    ~6. Rehatkan hingga naik 5/6 loyang... kira2 tingginya 1/2 inci dari birai loyang
    ~ panaskan oven 10 minit suhu 180c
    ~7. tutup loyang dan bakar 30-40 minit
    Lps 30 minit,,cuba longgar2kan penutup.. klu penutup blh digerak,maknanya roti dah masak
    ~regangkan penutup dan tgk warna loaf, klu masih pucat ,boleh sambung bakar
    ~8. Keluarkan loyang dan hentak2 atau ketuk2 semua sisi utk regangkan roti
    ~9. Keluarkan roti dan sejukkan atas redai
    Potong bila betul2 sejuk
    ●●harap maaf jika ada slh silap●●



    Jom join nak buat loaf ni... step2 ade kat komen...
    Jgn gelak klu x brp cun eh.
     Resepi cheff agus
    Lupa nak tulis....loyang tu sapu marjerin dulu ye termasuk penutup

    Tips menggunakan loyang Pullman bertutup
    1) sapu shortening/marjerin/butter pada keseluruhan loyang termasuk penutupnya

    2) formula untuk tentukan berat doh yang sesuai untuk loyang adalah 1/5 daripada berat air yang boleh diisi dalam loyang tersebut (sesetengah loyang ada ditulis siap-siap pada badan loyang berapa berat doh yang sesuai )
    3)doh jangan diletak seketul besar terus. Bahagikan kepada 4 doh kecil. Gulung doh seperti buat kek gulung, dan susun keempat-empat doh di dalam loyang.
    4) seeloknya doh jangan biar naik sampai memenuhi loyang , tinggalkan ruang anggaran 1/2 inci semasa dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar