Isnin, 10 Februari 2014

Rainbow cookies area ipoh

jom order rainbow cookies 
lain dari yg lain
hanya terdapat d ipoh perak sahaja 

Biskut Lidah Kucing Pelangi
Olahan dari Resepi Fatmah Bahalwan Indonesia
 
Bahan-bahan

250g mentega
170g gula kaster
100g putih telur
200g tepung gandum (liza guna tepung red rose)
50g tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu
boleh guna satu bekas saja utk mewarna, takyah basuh banyak2 bekas... 

Loyang lidah kucing - di gris dengan mentega

Cara-caranya :

1.  tepung gandum di ayak bersama tepung jagung dan emplex dalam satu bekas kering.  Ketepikan
2.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
3.  Masukkan tepung dan kaup balikkan adunan hingga rata.
4.  Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan. 
 Lebih kurang 125g untuk setiap warna...
  5.  Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujung plastik.
 picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
 
6.  Bakar dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20minit.  
Jangan biarkan adunan dibakar sehingga keperangan. 
 7.  Sejukkan dahulu baru di simpan di dalam bekas kedap udara.




 terdapat juga dlm bentuk doorgift


 berminat sila watsapp/sms/col 0175884770

Tiada ulasan:

Catat Ulasan